Objektif blog kami unutk menukar perspektif orang ramai tentang Bahasa Arab

Sunday, June 15, 2014

Peribahasa dalam Bahasa Arab

                             بسم الله الرحمن الرحيم

SETERUSNYA KAMI NAK KONGSIKAN MENGENAI PERIBAHASA DALAM BAHASA ARAB..


Untuk menterjemah peribahasa dalam bahasa arab ni,,ada teknik dan kaedah yang tertentu..
tapi sebelum tue mari kita faham dulu ape itu peribahasa atau al-mathal dalam bahasa arab..

  • Dalam buku al-Amthal al-،Arabiyyah, ،Abd al-Majid Qatamisy (1988/1402: 11) menjelaskan bahawa al-mathal ialah:

(kata-kata yang ringkas padat yang meniti di bibir, betul maknanya, dan keadaan semasa menyerupai keadaan dahulu).

- Peribahasa dalam Bahasa Arab terbahagi kepada tiga jenis, iaitu

1.  al-Mathal al-mujaz : peribahasa ringkas

2.  al-Mathal al-qiyasiy: iaitu cerita atau kesah yang selalu disebut untuk menerangkan sesuatu perkara, atau        untuk menjadi bukti kepada sesuatu perkara, dibuat melalui perbandingan atau perumpamaan yang                biasanya didasarkan kepada perbandingan dan qiyas. 

3.  al-Mathal al-khurafiy, iaitu mathal atau peribahasa yang dibina oleh bangsa Arab mengikut bahasa                  binatang, atau ia dibina berdasarkan cerita-cerita khurafat yang tersebar luas di sekeliling mereka. 

- Sekarang kita pergi pula ke teknik menterjemah peribahasa Arab nie..

1. Peribahasa sumber digantikan dengan peribahasa yang seerti dalam bahasa sasaran.
Contoh:
                      جزاه جَزَاءَ سِنِمَّار        diterjemahkan kepada susu dibalas tuba.
                    قَبْلَ الرَّمْيِ يُراشُ السَّهْمُ    diterjemahkan kepada sediakan payung sebelum hujan.

2. Menggunakan teknik pinjam terjemah.
Contoh:
                   ماءُ الوجه  diterjemahkan terus kepada air muka.
                    عَيْنُ القلبِ diterjemahkan kepada mata hati
                 شهر العسل  diterjemahkan kepada bulan madu.
                حرب باردة   diterjemahkan kepada perang dingin.
                دودةُ الكتبِ    diterjemahkan kepada ulat buku.

3. Teknik memperjelas makna.
Contoh:
Sweetheart diperjelas menjadi kekasih diterjemahkan kepada حبيب/حبيبة
Airline diperjelas menjadi syarikat penerbangan yang dalam bahsa Arabnya dipanggil شركة خطوط جوّية/هوائية 

4. Proses gantian peribahasa (ungkapan tidak figuratif digantikan dengan peribahasa atau ungkapan yang figuratif).
Contoh:
 هديّة تذكارية  diterjemahkan kepada tanda mata / cendera hati.
  حيض diterjemahkan kepada haid / datang bulan.

kemudian langkah yang seterusnya ialah

Untuk menghindarkan kesalahan terjemah:

1. Bertanya terus kepada penutur asli bahasa sumber.
2. bertanya kepada orang yang pernah tinggal dan bergaul dengan masyarakat sumber.
3. Gunakan kamus

ha,, sekarang kita semua dah dapat maklumat serba sedikit mengenai kaedah menterjemah peribahasa dalam bahasa arab.. jadi boleh la ambil sedikit input daripada perkongsian kami ini..kami harap kalian semua mendapat manfaat daripada perkongsian kami ini..


No comments:

Post a Comment