Assalamualaikum
sahabat semua….
Apa kabar sahabat
semua???aryni kami group tamaisthebest nk kongsi sedikit makna2 dalam istilah
terjemahan sebagai ilmu untuk kitorang yang amatur dalam terjemahan n untuk
sahabat2 semua..Hopefully korang enjoy dgn pengisian yang kami panggil sebagai
“KAMUS TAMA” nie..
PERTAMA!!!
APAKAH MAKNA
‘MORFOLOGI’ dan ‘MORFEM’????
Morfologi ialah bidang yang mengkaji
struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil
yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Para pelajar juga perlu
mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua adalah berbeza
dari segi fungsi dan konsep.
Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya
kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil,
maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem.
Misalnya "minum".
"Minum" tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada
mi dan num. Sebaliknya, kata "diminum" boleh dipecahkan kepada dua
morfem, iaitu "di" dan "minum". Kesimpulannya, perkataan
boleh terdiri daripada beberapa morfem.
Morfem boleh dibahagi kepada dua,
iaitu morfem bebas dan morfem terikat.
Morfem
Bebas
|
Morfem
terikat/imbuhan
|
Dapat berdiri sendiri, misalnya:
minum, cuti, sekolah, periksa |
Bentuk imbuhan, misalnya:
mem, per, kan, ber |
Mempunyai maksud sendiri.
|
Tidak mempunyai makna tetapi mempunyai
fungsi tatabahasa atau nahu. Boleh mengubah makna sesuatu kata dan seterusnya
makna ayat.
|
Nurul Shifak Bt Abd
Hadi (A144954)
No comments:
Post a Comment